JEJAK ALUMNI
SEKOLAH ISLAM AL-AKHYAR
Assalamualaikum wbt.
Pihak Sekolah Islam Al-Akhyar kini dalam usaha untuk mengemas kini pangkalan data serta memperkukuh jaringan Alumni Al-Akhyar.
Sehubungan itu, kami memohon jasa baik semua bekas murid (alumni) Sekolah Islam Al-Akhyar untuk melengkapkan borang ini dengan maklumat yang tepat dan terkini.
https://bit.ly/AlumniAlAkhyar
Mengapa maklumat anda amat penting kepada kami?
🔹Pangkalan Data Terkini: Memudahkan saluran maklumat dan aktiviti pada masa akan datang.
🔹Eratkan Ukhuwah: Memperkukuh jaringan profesional dan ikatan ukhuwah sesama warga Al-Akhyar.
🔹Sumber Inspirasi: Kisah kejayaan anda mampu menjadi inspirasi kepada adik-adik di Al-Akhyar untuk terus melakar kecemerlangan.
🔹Ruang Menyumbang: Membuka peluang kepada anda berkongsi kepakaran, pengalaman, dan idea demi pembangunan generasi masa hadapan Al-Akhyar.
Sama ada anda alumni generasi awal mahupun yang baru menamatkan persekolahan, anda adalah aset berharga buat Al-Akhyar.
Mohon bantu kami tekan butang Share untuk sebarkan hantaran ini kepada rakan-rakan sekelas anda yang lain!
#AlumniAlAkhyar
#SekolahIslamAlAkhyar
#UkhuwahBerpanjangan
#InspirasiAlAkhyar
#WargaAlAkhyar
TAHNIAH KONTINJEN SRI & SMI AL-AKHYAR DI KEJOHANAN IHTIFAL RIYADHI IPIS 2026
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kelancaran penglibatan barisan atlet Sekolah Rendah Islam dan Sekolah Menengah Islam Al-Akhyar sepanjang Kejohanan Ihtifal Riyadhi IPIS 2026.
Kejohanan ini telah melabuhkan tirainya secara rasmi semalam, 28 Jun 2026, dalam Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Sekolah Antarabangsa Invictus, Horizon Hills, Johor Bahru. Majlis tersebut menjadi detik kemuncak bagi menghargai titik peluh dan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua sekolah yang bertanding.
Hari terakhir kejohanan semalam turut menyaksikan aksi bertenaga daripada pasukan balapan Sekolah Rendah (SRI). Pasukan Al-Akhyar telah mempamerkan larian yang amat kompetitif sehingga berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam tiga acara utama, iaitu 100m Lelaki, 200m Perempuan, dan 4x100m Perempuan. Walaupun rezeki tidak menyebelahi pasukan untuk membawa pulang pingat di peringkat akhir tersebut, kesungguhan yang ditunjukkan amat membanggakan seluruh warga sekolah.
Secara keseluruhannya, berikut adalah keputusan rasmi pencapaian penuh kontinjen Islam Al-Akhyar:
SEKOLAH RENDAH (SRI)
🥇 Badminton (Lelaki): NAIB JOHAN
SEKOLAH MENENGAH (SMI)
🥈 Ping Pong (Lelaki) Perseorangan: NAIB JOHAN
🥈 Ping Pong (Lelaki) Beregu: NAIB JOHAN
🥉 Ping Pong (Perempuan) Perseorangan: TEMPAT KETIGA
🎖 Futsal (Lelaki): TEMPAT KEEMPAT
🎖 Ping Pong (Lelaki) Beregu: TEMPAT KEEMPAT
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan seluruh ahli kontinjen yang telah memberikan saingan sengit dalam semua acara yang disertai. Pengalaman berharga yang ditimba sepanjang kejohanan ini pastinya akan terus mematangkan lagi mutu permainan para atlet pada masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada barisan guru penasihat, jurulatih, pihak pengurusan sekolah, serta para ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan padu serta doa yang berterusan dari awal hingga ke majlis penutup kejohanan.
Insya-Allah, segala pengalaman ini akan dijadikan asas yang kukuh untuk mempertingkatkan lagi persediaan pasukan demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Syabas dan tahniah Al-Akhyar, WE AIM FOR THE BEST!
#IhtifalRiyadhiIPISJB2026
#SRIAlAkhyar
#SMIAlAkhyar
#AlAkhyarBeraksi
#WeAimfortheBest
📢 PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI MURID 6 TAHUN SESI 2027 KINI DIBUKA!
Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar kini membuka permohonan kemasukan Tahun 1 bagi murid berumur 6 tahun untuk sesi persekolahan 2027.
Permohonan adalah dipelawa kepada ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak ke Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar bagi mengikuti pendidikan secara formal dengan suasana pempelajaran yang islamik.
Syarat permohonan:
✅ Murid berumur 5 tahun pada tahun 2026 dan layak memasuki Tahun 1 sesi 2027
✅ Mampu mengurus diri sendiri tanpa bantuan
✅ Boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah rendah
✅ Mempunyai kemahiran asas membaca sekurang-kurangnya pada tahap suku kata terbuka
📌 Perhatian:
Hanya calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
Ibu bapa yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian melalui pautan berikut:
🌐 www.alakhyar.edu.my
Atau terus ke halaman:
https://my06.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=alakhyar
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
☎️ 07-207 0730 (pejabat)
📱 018-786 9760 (whatapps)
#Pendaftaran2026
#SRIAlAkhyar
#WeAimfortheBest