Image Banner

PENDAFTARAN SESI 2024/25

PENDAFTARAN SESI 2024 DIBUKA:

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan berikut:

KLIK DISINI

LAGI

PENDAFTARAN BARU 2022

Assalamualaikum wbt.
 
PENDAFTARAN 2022 KINI DIBUKA
SEK REN ISLAM (SRI) AL-AKHYAR & SEK MEN ISLAM (SMI) AL-AKHYAR, JOHOR BAHRU.
 
- - - - - - - - - - - - - - - - - -
MENGAPA AL-AKHYAR MENJADI PILIHAN IBUBAPA/ PENJAGA :
 
Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar & Sekolah Menengah Islam Al-Akhyar adalah sekolah agama berkonsepkan integrasi dan berdaftar di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)
 
No Pendaftaran KPM
SRIAA- JJAB004
SMIAA- JLAB002
 
No Pendaftaran JAIJ
SRIAA- SRAS/JB/002
SMIAA- SMAS/JB/002
 
SRI & SMI Al-Akhyar menggabungkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah & Menengah (KSSR & KSSM), Kurikulum Al-Quran & Tahfiz serta Kurikulum Diniyah
Memberi penekanan dan keutamaan kepada Program Al-Quran & Tahfiz.
Menekankan kemahiran menguasai 3 bahasa utama (B.Melayu, B.Inggeris & B.Arab)
Bilangan pelajar yang minima dan terhad dalam setiap kelas.
Menyediakan pelbagai program pengukuhan pembentukan sahsiah, jati diri dan kepimpinan melalui aktiviti luar bilik darjah.
Melibatkan pelajar dalam pelbagai aktiviti Ko-kurikulum bagi menjana kreativiti, menguatkan aspek jasmani, kerjasama dan mampu berdikari.
Tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman.
SRI Al-Akhyar & SMI Al-Akhyar membantu ibubapa/ penjaga dalam memberikan pendidikan secara menyeluruh, merangkumi semua aspek kehidupan pelajar iaitu akademik, Al-Quran, adab dan akhlak, serta fardhu ain di bawah satu bumbung.
Penjimatan masa dan kos pengangkutan ibu bapa kerana pelajar berada di sekolah daripada pagi sehingga petang.
 
- - - - - - - - - - - - - - - - - -
SESI PERSEKOLAHAN :
 
Sek Ren Islam Al-Akhyar
Ahad - Rabu : 7.30 pg - 4.00 ptg
Khamis :
Tahap 1 : 7.30 pg - 12.30 t/hari
Tahap 2 : 7.30 pg - 1.00 t/hari
 
Sek Men Islam Al-Akhyar
Ahad - Rabu : 8.00 pagi - 4.30 ptg
Khamis : 8.00 pg - 1.30 ptg
 
- - - - - - - - - - - - - - - - - -
PENDAFTARAN :
Dalam talian di WEBSITE AL AKHYAR
 
atau tekan pautan
WHATSAP
 
- - - - - - - - - - - - - - - - - -
HUBUNGI KAMI :
 
07 207 0730
Pejabat Pengurusan
 
Alamat Pejabat Pengurusan:
19-02 Jalan Kolam Air 1,
Taman Nong Chik Heights,
Commercial centre,
80100 Johor Bahru.
 
Alamat Sekolah:
Lot 2697 Jalan Nong Chik,
Kolam Air, 80100
Johor Bahru.
 
Waktu operasi Pejabat Pengurusan adalah pada hari Ahad hingga Khamis (8.00 pg - 5.00 ptg) dan Jumaat (8.00 pg - 12.00 t/hari).
Pejabat ditutup pada hari Sabtu dan cuti umum.
 
Layari:
WEBSITE AL AKHYAR

LAGI

AKTIVITI PEMBERSIHAN KELAS

Aktiviti pembersihan kelas Sekolah Menengah Islam Al Akhyar sebelum cuti sempena Sambutan Tahun Baru Cina bagi mengelakkan jangkitan influenza A.Aktiviti / gotong royong pembersihan ini juga dilakukan di Asrama dan Sekolah Rendah Islam Al-Akhyar.

LAGI

TAKLIMAT IBU BAPA SESI PENGAJIAN 2020

Sedang berlangsung taklimat Sekolah Islam Al-Akhyar bagi Sesi Pengajian 2020 khas untuk ibubapa baru.Semoga ia bermanfaat dan dapat mengikat hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan ibubapa.

LAGI

LAWATAN MAAHAD TAHFIZ AL AKHYAR KE BAITUS SOLEHAH.

Tarikh : 29/11 /2019

Masa :10.00 hingga 1.00 tengahari.
Peserta : 40 orang

Hari ini saya lebih menjurus kepada nasihat dan peringatan, walaupun mempunyai pengetahuan dan kefahaman agama yang bagus, perlu tahu gejala sumbang mahram, pedophile, penganiyaan, pemerkosaan kerana telah terjadi beberapa kes sebelum ini, pelatih yang pernah terlanjur, mengadung tanpa suami adalah bekas pelajar madrasah tahfiz.

Kisah yang saya tulis berdasarkan kisah benar ini pernah viral di media sosial suatu masa dulu. Begitu juga pelatih pertama sebelum Baitus Solehah ujud secara rasmi dan mendorong saya membuka Baitus Solehah adalah bekas pelajar Sekolah Arab dan ketika itu sedang belajar di IPT Islam. Mereka yang tahu dan faham agama.

Maka nasihat saya adalah perlunya ketaatan kepada ibu bapa. Takut takut Allah datangkan ujian berbentuk musibah begini.

Jika kita imbas kisah sahabat bernama Juraij, bagaimana beliau terfitnah berzina dengan seorang perempuan sehingga perempuan itu mengandung dan melahirkan anak. Juraij ini seorang alim, waraq dan kuat ibadah. Hanya kerana tidak menyahut panggilan ibunya ketika itu sedang mengerjakan solat sunat, menyebabkan ibunya sakit hati sehingga terlafaz perkataan yang tidak baik terhadap Juraij.

Allah datangkan ujian kepada Juraij hanya tidak menyahut panggilan ibu ketika mengerjakan solat sunat. Tetapi hari ini betapa ramai yang tidak mengambil perhatian akan larangan dan nasihat ibu bapa, apatah lagi jika membantah, melawan dan tidak dengar kata cakap ibu bapa. Ada yang mengandung kerana diuji oleh perbuatan atau percakapan dirinya atau orang lain. Kita tidak tahu kata kata siapa yang terangkat menyebabkan tertimpanya musibah ini. Maka berhati hati agar kata kata kita tidak menyebabkan seseorang tersakit hati sehingga mendoakan yang tidak benar kepada kita.

Akhir penyampaian nasihat dan peringatan, tetamu dihidang makanan tengahari, nasi putih berlauk daging sambal dan sayur. Adat menerima tetamu, kami meraikan dan memuliakan. Terima kasih atas sumbangan yang dibawa dan diberikan.

Catatan dan laporan,

Mak Liza

LAGI

TAKLIMAT OLEH PENGARAH PESKIL 14

Sesi taklimat oleh Pengarah PESKIL 14, bacaan ikrar & nyanyian lagu tema.

Antara aktiviti #PESKIL14 semalam dan pagi ini.
- Kultum (kuliah 7 minit) oleh fasilitator
- Slot Imamah (peserta Banin)
- Aktiviti Outdoor Bowling di Plaza Angsana (peserta Banat)
- Slot Tahfiz

LAGI

SAMBUTAN MAULIDURRASUL & APRESIASI 2019

Sekitar Majlis Sambutan Maulidurrasul & Apresiasi 2019, Sek Men Islam Al-Akhyar.

LAGI

Image News
Image News
Image News

Image Banner

Lokasi


Pertanyaan